Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 1 DENGAN KERJASAMA AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

June 13, 2024
10:00 - 12:30
AZKA Corner PSNZ, UMT & ONLINE FB OfficialPSNZ

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 1 DENGAN KERJASAMA AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) MAIWP akan menganjurkan Program Sembang Ilmu Siri 1 seperti ketetapan berikut:

Tarikh             : 13 Jun 2024 (Khamis)
Masa              : 10.00 pagi hingga 12.30 petang
Tajuk              : “Harta Pusaka : Bilakah Harta Pusaka Dapat Diwarisi”
Penceramah    : Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu
Pautan            : https://www.facebook.com/OfficialPSNZ/

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput  YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai program ini serta mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang akan disampaikan.
 
* Kehadiran ke program ini dikira jam latihan (staf) & Merit MyStar (pelajar) kepada Warga UMT. 

* e-sijil disertakan

4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

INVITATION: [SCOPUS AI WEBINAR] – GEN AI FOR RESEARCHERS : TIPS, TRICKS AND PITFALLS
Skip to content