Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan Program Lestari Ramadan Siri 2: 2026/1447H seperti berikut:
- Tarikh : 10 Mac 2026 (Selasa) bersamaan 20 Ramadan 1447H
- Masa : 9.30 pagi – 11.30 pagi
- Tempat : Auditorium Sulaiman, PSNZ
- Secara atas talian : Live FB Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
- Tajuk ceramah : Artificial Intelligence & Iman: Di Mana Letaknya Nilai Insan?
- Penceramah : YBhg. Ustaz Tuan Harun bin Tuan Cob, Penolong Pengarah, Unit Perancangan Dan Pembangunan Pendidikan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Semoga program ini menjadi pemangkin dalam menyemarakkan lagi kemuliaan bulan Ramadan, mengeratkan ukhuwah, serta menambah keberkatan dan ketaqwaan dalam diri kita semua.
