Assalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani,
YBhg. Tuan/Puan Warga Fakulti/Pusat Tanggungjawab Yang Dihormati,
HEBAHAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2026 DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) selaku urusetia bagi Jawatankuasa Read@UNI UMT akan menganjurkan program Jom Baca Bersama 10 Minit@UMT 2026 sepertimana berikut:
Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
Masa : 11.00 – 11.10 pagi
Tempat : Di Ruang Kerja/Pejabat Am/Sudut Bacaan di Fakulti/PTJ/Tempat-tempat bersesuaian dalam kampus
3. Sebagai tanda sokongan terhadap program ini, kongsikan gambar/video menarik anda ketika membaca di Facebook atau Instagram pada 23 April 2026 bermula jam 11.10 pagi dan sertakan tanda pagar:
#malaysiamembaca #JomMembacaUMT #read@uni #Psnzlib # membacamembinabangsa #jombacabersama10minit2026 #
4. Penyertaan program ini akan diberikan ganjaran kredit MyStar dan E-Sijil (pelajar), manakala staf pula memperolehi E-Sijil. Disertakan bersama kod QR untuk pengesahan kehadiran ke program ini. Kod QR ini hanya boleh diakses bermula pada 11.10 pagi pada hari kejadian sebaik sahaja program Jom Baca 10 Minit selesai.
5. Pihak Jawatankuasa juga ingin memohon kerjasama pentadbir fakulti/pusat pengajian untuk merakamkan foto ketika program, merekodkan jumlah peserta yang terlibat di fakulti/pusat pengajian masing-masing dan memuat naik gambar dan jumlah peserta ke dalam link Google Drive https://drive.google.com/
Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.