Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM@PSNZ: HEBAHAN PODCAST BORAK BUKU BERTAJUK “THE DIARY OF A CEO”
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) akan menganjurkan siri ke 5 Podcast BORAK BUKU bertajuk “The Diary Of A CEO”.
3. Sehubungan dengan itu, semua warga UMT dialu-alukan untuk menyertai podcast ini seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 11 Disember 2025 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi
Kaedah : Live Facebook
Pautan : https://www.facebook.com/
Panel : Encik Ahmad Abdul Rahim bin Alias (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PSNZ)
4. Untuk makluman, objektif podcast ini adalah:
i. Menyemai minat membaca secara santai dan mesra – menjadikan buku sebagai sebahagian daripada perbualan harian melalui pendekatan yang ringan dan mudah diikuti.
ii. Menjadikan buku lebih dekat dengan komuniti digital – membawa dunia buku ke dalam platform moden agar terus relevan dengan gaya hidup masa kini.
5. Penyertaan YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke podcast ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
