Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM@PSNZ: HEBAHAN PODCAST BORAK BUKU BERTAJUK “SURAT CINTA DARI TUHAN”
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) akan menganjurkan siri 4 podcast BORAK BUKU bertajuk “Surat Cinta Dari Tuhan”.
3. Sehubungan dengan itu, semua warga UMT dialu-alukan untuk menyertai podcast ini seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 November 2025 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi
Kaedah : Live Facebook
Pautan : https://www.facebook.com/
Panel : Puan Fatimah Salim (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PSNZ)
4. Untuk makluman, objektif podcast ini adalah:
i. Menyemai minat membaca secara santai dan mesra – menjadikan buku sebagai sebahagian daripada perbualan harian melalui pendekatan yang ringan dan mudah diikuti.
ii. Menjadikan buku lebih dekat dengan komuniti digital – membawa dunia buku ke dalam platform moden agar terus relevan dengan gaya hidup masa kini.
5. Penyertaan YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke podcast ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
