Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM@PSNZ: HEBAHAN PODCAST BORAK BUKU
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah NurZahirah (PSNZ) akan menganjurkanPodcast Borak Buk
3. Sehubungan dengan itu, semua warga UMT dialu-alukan untuk menyertai podcast ini seperti ketetapan berikut :
- Tarikh : 8 Julai 2026 (Rabu)
- Masa : 3.00 petang – 3.30 petang
- Kaedah : Live Facebook
- Pautan : https://www.facebook.com/
OfficialPSNZ/ - Panel : Puan Nur Farizah binti Abdullah, Pustakawan Kanan, PSNZ
4. Untuk makluman, objektif podcast ini adalah:
i. Memperkasa budaya membaca dalam kalangan warga institusi pengajian tinggi, selaras dengan usaha menyokong penganjuran program Telaah peringkat Universiti Awam.
ii. Menyemai minat membaca secara santai dan mesra – menjadikan buku sebagai sebahagian daripada perbualan harian melalui pendekatan yang ringan dan mudah diikuti.
iii. Menjadikan buku lebih dekat dengan komuniti digital – membawa dunia buku ke dalam platform moden agar terus relevan dengan gaya hidup masa kini.
5. Penyertaan YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
