Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera,
HEBAHAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI AWAM (JKPUA) BIL. 2/2024
YBhg. Dato’/ Prof. Emeritus/Prof./Dr./Tuan/Puan/
Sukacita merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT dengan kerjasama Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA dilantik sebagai hos bagi Mesyuarat Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam (JKPUA) 2024 sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 23 – 25 April 2024
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Stesen Penyelidikan UMT Pulau Bidong & Stesen Penyelidikan Penyu Laut UMT Chagar Hutang, Dewan Senat UMT dan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA
Untuk makluman, peserta program ini turut melibatkan pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengajian Tinggi serta Ketua-ketua Pustakawan Universiti Awam Malaysia.
Sekian, terima kasih.