PROGRAM@PSNZ: JEMPUTAN PENYERTAAN KE PROGRAM PSNZ OPEN DAY 2025
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah akan menganjurkan Hari Bersama Perpustakaan 2025 (PSNZ Open Day 2025) pada 30 November 2025 hingga 02 Disember 2025. Program ini akan diadakan dengan merujuk butiran berikut:
Antara aktiviti menarik yang diadakan;
* PSNZ E-Sport Tournament – FIFA 2024 (FC24)
* Library Reflective Craft Hour
* Diskaun Denda 50%
* PSNZ Top Borrower
* Program Kempen Derma Darah
* Fun @ library
* Konsultasi Penerbit
* Online Database Training
* Program Telaah Buku
* Pertandingan Tiktok Speed reading
Objektif utama PSNZ Open Day 2025 adalah untuk mengeratkan hubungan antara perpustakaan dan warga kampus, pelbagai agensi di sekitar, orang awam di samping mempromosikan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan kunjungan pelanggan ke perpustakaan sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan warga kampus.
Semua pelajar dan staf UMT serta komuniti setempat adalah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan program ini.
Sekian, terima kasih.