Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Bengkel Pemindahan Ilmu (Hari Kedua)

9 MEI 2024 – BENGKEL PEMINDAHAN ILMU (HARI PERTAMA)
 
Bengkel Pemindahan Ilmu Kolaborasi PSNZ-PWB bersama SMK(A) Durian Guling turut disertai oleh 4 buah sekolah sekitar Daerah Marang iaitu SMK Bukit Sawa, SMK Tun Telanai, SMK Seri Payong dan SMK Wakaf Tapai dengan jumlah seramai 49 peserta.
 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 2 hari bengkel dianjurkan antaranya Asas Canva, Asas Penyediaan Video Tiktok, Penjilidan Buku Ringan, Asas Fotografi dan Sayembara Puisi A. Samad Said.
 
Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk membantu pihak sekolah dengan mengadakan aktiviti pemindahan ilmu berkaitan kemahiran teknikal yang diperlukan dalam mengendalikan pusat sumber sekolah.
Skip to content