Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Bengkel Hala Tuju PSNZ 2024

10 & 11 Januari 2024 – Sekitar Majlis Perasmian dan Bengkel Hala Tuju PSNZ 2024.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Profesor Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad, Pro Naib Canselor (Strategi dan Prestasi) atas kesudian merasmikan Bengkel Hala Tuju PSNZ 2024.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ketua Pustakawan PSNZ Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Timbalan Ketua Pustakawan dan semua Pustakawan hadir bersama mengiringi YBrs. Prof. pada hari ini.
 
Bengkel Hala Tuju PSNZ 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 dan 11 Januari 2024 di Hotel Paya Bunga. Dalam bengkel ini, ketua bahagian PSNZ membentangkan pencapaian 2023 dan perancangan aktiviti, bekalan dan aset untuk tahun 2024. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta bengkel atas kerja keras dan komitmen sepanjang bengkel ini berlangsung.
 
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada urusetia program yang bertungkus lumus menguruskan program ini. Semoga semua perancangan yang telah dibincangkan ini dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada semua pengguna PSNZ.
 
Tidak dilupakan kepada pihak urusetia serta warga PSNZ dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Terima kasih.
 
Skip to content