Universiti Malaysia Terengganu

Program Lestari Ramadan 2024/1445H

12 MAC 2024 – PROGRAM LESTARI RAMADAN 2024/1445H
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah menganjurkan sebuah program khas sempena kedatangan bulan Ramadan 1445H. Program Lestari Ramadan pada kali ini telah mengundang Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial untuk berkongsi ilmu dengan ceramah bertajuk “Harta Pusaka Pemutus Hubungan Silaturahim : Bagaimana Ramadan Ini?”.
 
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Jaharudin atas perkongsian ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir mengimarahkan lagi program ilmu yang telah diadakan di Auditorium Sulaiman ini.
 
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan memberi manfaat kepada semua.
Â