Universiti Malaysia Terengganu

Ucapan Penghargaan Bersempena Penganjuran Majlis Penjenamaan Auditorium Psnz, Umt Dan Bicara Nakhoda

26 Februari 2024 – UCAPAN PENGHARGAAN BERSEMPENA PENGANJURAN MAJLIS PENJENAMAAN AUDITORIUM PSNZ, UMT DAN BICARA NAKHODA
 
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Penjenamaan Auditorium PSNZ, UMT ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin, Mantan Naib Canselor UMT (2007-2009) di atas kesudian hadir menyempurnakan majlis dan menyampaikan perkongsian melalui slot Bicara Nakhoda pada hari ini.
 
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Yang Berbahagia Prof. Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) mewakili Naib Canselor UMT, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama UMT, Ketua-Ketua PTj, Wakil MPP, warga UMT serta semua tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis hari ini.
 
Ucapan ini juga ditujukan terutamanya kepada Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH), Pusat Ekosistem Digital (PED), serta warga UMT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong dan bersama-sama berganding bahu mencurahkan idea dan tenaga bagi memastikan majlis mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga kerjasama dan sokongan seumpama ini akan berterusan di masa akan datang.
 
*Pautan Koleksi Gambar Majlis Penjenaman Auditorium PSNZ  https://psnz.umt.edu.my/majlis-penjenamaan-auditorium-perpustakaan-sultanah-nur-zahirah/
Â