05 Dis 2023 â Lawatan Kakitangan Muzium Pengurusan UUM, Perpustakaan Sultanah Bahiyah ke Galeri INOS dan PSNZ.
Â
PSNZ telah menerima kunjungan 6 orang kakitangan Muzium Pengurusan UUM, Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang diketuai oleh Puan Noor Fauziati Mat Yatim. Program lawatan ini merupakan program kolaborasi antara Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan PSNZ yang bertujuan untuk mendapatkan input berkaitan muzium dan galeri pameran. Rombongan telah dibawa melawat ke Galeri INOS UMT dan diberikan penerangan berkaitan hasil penemuan dan penyelidikan yang telah dilaksanakan UMT oleh Gs. Muhammad Izuan bin Nadzri dan Puan Nurul Hidayah binti Mat Zaki. Lawatan diteruskan ke PSNZ dan rombongan telah disambut oleh Ketua Pustakawan, Tn. Haji Abu Hassan Ghazali. Penerangan ringkas berkenaan PSNZ telah diberikan dan kemudian rombongan dibawa melawat kemudahan yang terdapat di aras 1 dan 2.
Â
Terima kasih juga diucapkan kepada rombongan atas kesudian untuk singgah ke UMT sebagai salah satu destinasi lawatan bermaklumat ini. Pihak PSNZ amat berbesar hati menerima kunjungan ini. Semoga objektif lawatan tercapai dan semoga kita berjumpa lagi.
Â