Universiti Malaysia Terengganu

Program Lawatan Bermaklumat Badan Pengawas SK Simpang Rawai, Marang.

28 November 2023 – Program Lawatan Bermaklumat Badan Pengawas SK Simpang Rawai, Marang.
 
PSNZ telah menerima kunjungan delegasi Badan Pengawas SK Simpang Rawai yang diketuai oleh Encik Zakaria bin Said. Program lawatan bermaklumat ini melibatkan seramai 105 pelajar dan 10 guru. Delegasi ini telah diberikan taklimat ringkas berkenaan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah di Auditorium PSNZ dan kemudian di bawa melawat ke aras 1 dan 2. Terima kasih diucapkan kepada PK HEM Encik Shamsu Yusmari bin Atan di atas cenderahati yang telah disampaikan.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan pelajar kerana menjadikan PSNZ sebagai salah satu destinasi lawatan bermaklumat ini.
 
In Shaa Allah. Kita bersua lagi pada masa akan datang.
Â