Universiti Malaysia Terengganu

Bengkel Pemerkasaan Kerangka Strategik Transformasi PSNZ 2026-2027

PROGRAM@PSNZ : BENGKEL PEMERKASAAN KERANGKA STRATEGIK TRANSFORMASI PSNZ 2026 -2027 (9 SEPTEMBER 2026).
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) telah melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Kerangka Strategik Transformasi PSNZ 2026–2027 sebagai salah satu usaha memperkukuh perancangan strategik dan hala tuju transformasi PSNZ dalam mendepani landskap pendidikan tinggi yang dinamik.
 
Bengkel yang dihadiri oleh semua pustakawan PSNZ ini telah menjadi platform perbincangan untuk menyelaras aspirasi dan mencetuskan idea baharu dalam usaha membawa PSNZ ke arah perkhidmatan perpustakaan yang lebih inovatif, responsif dan berimpak agar selari dengan aspirasi universiti serta keperluan semasa dan masa hadapan pengguna.
 
“Bersama mencorak strategi, memperkasa inovasi dan memacu transformasi”.