PROGRAM@PSNZ: 8 SEPTEMBER 2026 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
Program Lestari Staf Bersama Buku telah diadakan secara hybrid dan dipengerusikan oleh Puan Harisom Anida Musa, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ).
Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Cik Alyana Nazirah binti Saiful Bahari, pelatih praktikal PSNZ, yang mengulas buku bertajuk “I Decided to Live As Me” karya Kim Suhyun, terjemahan oleh Aishah Omar.
Buku ini mengetengahkan tema motivasi dan inspirasi, dengan memberi penekanan kepada kepentingan untuk menjalani kehidupan sebagai diri sendiri tanpa terlalu memikirkan pandangan, persepsi dan penilaian orang lain. Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada warga PSNZ untuk lebih menghargai diri, membina keyakinan serta menjalani kehidupan dengan lebih positif dan bermakna.
Turut dikongsikan dalam sesi ini ialah beberapa makluman terkini berkaitan aktiviti dan program yang sedang berlangsung serta yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, di samping perkongsian isu-isu semasa untuk perhatian dan makluman warga PSNZ.
Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengisian yang disampaikan melalui Program Lestari Staf Bersama Buku dapat memberikan manfaat, inspirasi dan nilai tambah kepada seluruh warga PSNZ.