Universiti Malaysia Terengganu

Tahniah kepada Staf Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)

DIARI@PSNZ : 26 Julai 2026 : TAHNIAH KEPADA STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH (PSNZ) ✨
 
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) yang telah menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Tahunan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2026 yang berlangsung pada 26 Julai 2026 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT.
 
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kecemerlangan Universiti Malaysia Terengganu.
 
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PSNZ untuk terus memperkasa budaya kerja cemerlang, memupuk semangat inovasi serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga universiti dan komuniti.
 
Tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan!