PROGRAM@PSNZ : 28 JULAI 2026 – WEBINAR AI & MASA DEPAN KITA: BIJAK ATAU BERISIKO?.
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Webinar AI & Masa Depan Kita: Bijak atau Berisiko? yang telah berlangsung pada 28 Julai 2026 (Selasa), dari 10.00 pagi hingga 4.30 petang menerusi platform Webex.
Penghargaan khusus ditujukan kepada Jawatankuasa Penganjur Utama atas komitmen dan kerjasama yang diberikan, serta kepada para penceramah jemputan Dr. Chuah Kee Man, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Dr. Rozniza binti Ali, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah berkongsi ilmu, pandangan dan perspektif bermakna berkaitan perkembangan kecerdasan buatan (AI) dan implikasinya terhadap masa depan.
Semoga perkongsian ilmu dan wacana yang diketengahkan melalui webinar ini dapat meningkatkan kefahaman, kesedaran serta keupayaan warga universiti dalam mendepani perkembangan teknologi AI secara bijak, beretika dan bertanggungjawab.