DIARI@PSNZ : 28 JUN 2026 – MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA DAN PEMBUGARAN NILAM PERINGKAT SMK SERADA 2026.
Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), telah dijemput untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Galakan Membaca dan Pembugaran NILAM Peringkat SMK Serada 2026 sebagai tanda komitmen bersama dalam memperkasa budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga sekolah.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan minat membaca, malah turut memberi pendedahan kepada kepentingan pembacaan dalam era literasi digital serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara beretika dan bertanggungjawab. Inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja gemar membaca, malah mampu menilai, mengurus dan memanfaatkan maklumat secara bijaksana.
Sejurus selesai majlis, beliau turut mengadakan lawatan ke Pusat Sumber SMK Serada yang terletak di Aras 2, Blok Pentadbiran bagi meninjau kemudahan serta mengenal pasti keperluan yang boleh disokong oleh pihak PSNZ melalui khidmat nasihat dan kolaborasi pada masa hadapan.
Terima kasih kepada seluruh warga SMK Serada atas sambutan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi melahirkan masyarakat yang berilmu, celik maklumat dan sentiasa membudayakan amalan membaca.