Universiti Malaysia Terengganu

TELAAH@UMT Siri 1 Tahun 2026

PROGRAM@PSNZ | TELAAH@UMT SIRI 1 – 29 APRIL 2026.
 
Program Telaah@UMT Siri I menampilkan perkongsian buku “Parliament and Deliberative Practices Malaysia Under Barisan Nasional” telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama bersama antara Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah dan Penerbit UMT.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Nazli bin Aziz, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), Universiti Malaysia Terengganu, atas kesudian beliau memenuhi jemputan sebagai penyampai bagi sesi ini.
 
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Hajah Fatimah binti Salim, Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan di atas ucapan aluan yang disampaikan. Tidak dilupakan Jawatankuasa Telaah@UMT (Penerbit UMT dan JK Pelaksana Read@Uni PSNZ), tetamu jemputan serta semua yang hadir secara fizikal dan mengikuti siaran langsung melalui Facebook rasmi PSNZ atas sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
 
Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan menambah nilai ilmu kepada semua.
 
Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dalam Program Telaah@UMT Siri 2.
Â