Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM@PSNZ: HEBAHAN PODCAST BORAK BUKU
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah NurZahirah (PSNZ) akan menganjurkanPodcast Borak Buku Siri 3/2026 dengantajuk“Kompas 604 T.A.D.A.B.B.UR Perhalaman Mushaf Al-Quran”.
3. Sehubungan dengan itu, semua warga UMT dialu-alukan untuk menyertai podcast ini seperti ketetapan berikut :
- Tarikh : 13 April 2026 (Isnin)
- Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi
- Kaedah : Live Facebook
- Pautan : https://www.facebook.com/
OfficialPSNZ/ - Panel : Encik Amir bin Abdul Khalik, Pustakawan Kanan Gred S12 Memangku (KUP), PSNZ
4. Untuk makluman, objektif podcast ini adalah:
i. Memperkasa budaya membaca dalam kalangan warga institusi pengajian tinggi, selaras dengan usaha menyokong penganjuran program Telaah peringkat Universiti Awam.
ii. Menyemai minat membaca secara santai dan mesra – menjadikan buku sebagai sebahagian daripada perbualan harian melalui pendekatan yang ringan dan mudah diikuti.
iii. Menjadikan buku lebih dekat dengan komuniti digital – membawa dunia buku ke dalam platform moden agar terus relevan dengan gaya hidup masa kini.
5. Penyertaan YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
