PROGRAM@PSNZ: 2 MAC 2026 – PERBINCANGAN PEMURNIAN PENULISAN BUKU MEWAH UMT 25 TAHUN PERINGKAT PSNZ.
Sesi perbincangan pemurnian draf penulisan Bab 1 untuk Buku Mewah UMT 25 Tahun telah diadakan bagi meneliti, memperhalusi dan memperkukuh kandungan penerbitan berprestij ini. PSNZ telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan draf pengenalan kepada UMT sepanjang tempoh 25 tahun penubuhannya.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Ahmad Abdul Rahim Alias, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang memberi fokus kepada ketepatan fakta, keselarasan naratif, pemantapan gaya bahasa serta penonjolan impak perkembangan Universiti Malaysia Terengganu. Perbincangan ini turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang dilantik iaitu Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Encik Almanizam Alias, Encik Amir Abdul Khalik, Puan Wardah Nazihah Othman, Puan Wan Najihah Wan Muhammad serta Encik Hasdan Irwan Muda.
Draf ini mencerminkan komitmen PSNZ dalam memastikan dokumentasi sejarah institusi dirakam secara komprehensif, berkualiti dan berimpak tinggi sebagai rujukan generasi akan datang apabila buku mewah ini diterbitkan kelak.
@officialumt