Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/ Saudara/Saudari yang dihormati,
PROGRAM@PSNZ : JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM LESTARI RAMADAN SIRI 1: 2026/1447H
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan Program Lestari Ramadan Siri 1: 2026/1447H seperti berikut:
Tarikh : 24 Februari 2026 (Selasa) bersamaan 6 Ramadan 1447H
Masa : 9.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Auditorium Sulaiman, PSNZ
Secara atas talian : Live FB Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
Tajuk ceramah : Ramadan : Madrasah Tarbiyah
Tajuk ceramah : Ramadan : Madrasah Tarbiyah
Penceramah : YBhg. Ustaz Syafiq bin Alias, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Universiti Malaysia Terengganu
SEMUA WARGA DIJEMPUT HADIR.
KEHADIRAN KE PROGRAM INI DIKIRA JAM LATIHAN KEPADA STAF UMT & MERIT MYSTAR KEPADA PELAJAR UMT.Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga program ini menjadi pemangkin dalam menyemarakkan lagi kemuliaan bulan Ramadan, mengeratkan ukhuwah, serta menambah keberkatan dan ketaqwaan dalam diri kita semua.
