Universiti Malaysia Terengganu

Program Latihan Pencegahan Kebakaran Di PSNZ

PROGRAM@PSNZ: 3 FEBRUARI 2026 – PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DI PSNZ.
 
Latihan kebakaran (Fire Drill) telah berjaya dilaksanakan di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah pada 3 Februari 2026 sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan. Latihan ini merupakan hasil kerjasama PSNZ dan pasukan Bomba Kuala Nerus yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman prosedur keselamatan serta tindakan pantas warga PSNZ sekiranya berlaku kebakaran.
 
Komitmen dan kerjasama semua warga dan pengguna PSNZ amat dihargai dalam memastikan persekitaran perpustakaan yang selamat, berdaya tahan dan lestari untuk semua pengguna. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.