PROGRAM@PSNZ: 28 JANUARI 2026 – PODCAST BORAK BUKU SIRI 1/2026.
Program kali ini menampilkan kupasan buku bertajuk “Sembuh dari Peritnya Bekerja dengan Individu Toksik” karya Luqman Mahmud, PhD, yang telah dikupas oleh Tn. Haji Abu Hassan Ghazali. Sepanjang sesi, pelbagai perspektif penting telah diketengahkan berkaitan realiti bekerja dalam persekitaran toksik, kesan terhadap emosi dan kesejahteraan mental, serta keperluan membina kesedaran kendiri dan ketahanan diri dalam menghadapi cabaran di tempat kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ atas perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan yang sangat bermakna, serta kepada semua yang telah mengikuti dan menyokong pelaksanaan program ini. Semoga segala input dan kupasan yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh para peserta sebagai panduan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, positif dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi pembudayaan ilmu dan kesejahteraan warga.









