PROGRAM@PSNZ: 15 JANUARI 2026 – PERBINCANGAN PENYELARASAN MAJLIS MENANDATANGANI LOI ANTARA KOLEJ TESDEC DENGAN PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT.
Perbincangan bersama wakil pengurusan Kolej TESDEC telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan bin Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ. Turut hadir bersama semua ketua bahagian.
Perbincangan ini adalah bertujuan untuk menyelaras aturcara majlis yang dijadualkan pada penghujung Januari nanti.