Telah berlangsung PSNZ Open Day Tahun 2025 selama 3 hari bermula pada 30 November sehingga 2 Disember 2025. Program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan & Perkhidmatan Maklumat (BPPM) PSNZ ini diadakan di bangunan PSNZ meliputi Laluan Ilmu, Auditorium Sulaiman, Dataran PSNZ, Ruang Pameran PSNZ dan juga Ruang Santai dengan pelbagai acara dan aktiviti melibatkan pengguna PSNZ.
Diantara program yang diadakan adalah Telaah@UMT, E-sport Game, Derma Darah, Trash to Cash, Online Database Training, Fun@Library, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Library Reflective Craft Hour, Pameran Agensi dan juga Jualan Food Foodies.