Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Ke Pusat Sumber SMK Menerong, Hulu Terengganu

PROGRAM@PSNZ : 27 NOVEMBER 2025 – LAWATAN KE PUSAT SUMBER SMK MENERONG, HULU TERENGGANU.
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani di Kampung Menerong.
 
📅 27 November 2025
⏰ 11.30 pagi – 12.30 petang
📍 Pusat Sumber, SMK Menerong, Hulu Terengganu
 
Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat komprehensif berkaitan keperluan bahan bacaan, sokongan teknologi maklumat serta keperluan aktiviti literasi bagi penyusunan dan penambahbaikan program Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2026.
 
Melalui inisiatif ini, adalah diharapkan kerjasama strategik antara universiti, sekolah dan komuniti dapat diperkukuh, seterusnya meningkatkan mutu pengurusan dan keberkesanan operasi Pusat Sumber SMK Menerong secara menyeluruh.
 
@officialumt
UMT – Universiti Malaysia Terengganu