Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Berilmiah SMK Pasir Mas, Kelantan Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM@PSNZ: 20 NOVEMBER 2025 – LAWATAN BERILMIAH SMK PASIR MAS, KELANTAN KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
 
PSNZ telah menerima lawatan pelajar SMK Pasir Mas pada 16 November 2025 dan terima kasih kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan pada kali ini. Lawatan telah berlangsung sekitar jam 10.30 pagi.
 
Peserta terdiri daripada 160 pelajar dan 16 guru pengiring. Pelawat telah dibawa ke Aras 1 dan Aras 2 untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PSNZ. Terima kasih diucapkan kepada Pustakawan dan Pembantu Pustakawan yang terlibat membantu dalam melancarkan perjalanan lawatan.
 
Semoga berjumpa lagi.
 
@officialumt
UMT – Universiti Malaysia Terengganu