PROGRAM@PSNZ: 16 NOVEMBER 2025 – LAWATAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK, PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH, UTHM KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT.
PSNZ telah menerima kunjungan daripada 29 staf dari Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM ke PSNZ bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perbincangan tentang beberapa perkara seperti operasi, pengurusan sumber, pembangunan repositori institusi, pengurusan koleksi digital serta inovasi ruang pembelajaran.
Taklimat diadakan di Bilik e-persidangan, PED dan telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ dan delegasi kemudian dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Jutaan terima kasih kepada Encik Suhaimi bin Mohd Sukor, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTTA serta semua yang telah hadir dan memilih PSNZ sebagai salah satu destinasi kunjungan.
Semoga segala perkongsian akan dapat dimanfaatkan bersama. In Shaa Allah.