PROGRAM@PSNZ: 13 NOVEMBER 2025 – LAWATAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU, KELANTAN KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
PSNZ telah menerima kehadiran pelawat seramai 68 pelajar, 12 guru pengiring. Lawatan telah bermula sekitar jam 2.30 petang. Pelawat telah dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil untuk memudahkan pergerakan dan kemudian dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 bagi melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.