PROGRAM@PSNZ : 6 OKTOBER 2025 – SEMBANG ILMU SIRI 2/2025.
Â
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu dengan Kerjasama AZKA-PPZ MAIWP telah menganjurkan program bual bicara bertajuk âScammer: Jangan Mudah Terpedaya!â bagi memberi kesedaran kepada warga kampus dan komuniti sekitar tentang ancaman penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan. Program kali ini menampilkan ASP Noorshahiram binti Adam daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Kuala Terengganu sebagai panel jemputan, bersama Puan Wan Najihah binti Wan Muhammad, pustakawan PSNZ sebagai moderator.
Â
Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada pelbagai jenis scam yang sering berlaku seperti love scam, scam pelaburan, dan Macau scam, serta taktik licik yang digunakan oleh sindiket untuk memperdaya mangsa. Perkongsian daripada ASP Noorshahiram turut disertakan dengan statistik kes semasa dan langkah-langkah penting untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Â
Program ini berjaya menarik penyertaan ramai warga UMT yang turut bertanya dan berkongsi pengalaman sepanjang sesi berlangsung. PSNZ berharap penganjuran seperti ini dapat meningkatkan kesedaran keselamatan digital serta membina komuniti kampus yang lebih bijak dan berwaspada terhadap jenayah siber.
Â