LOI ANTARA PSNZ-UMT DENGAN FADEL-UNCO.
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (PSNZ-UMT) telah menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama Facultad de Lenguas, Universidad Nacional del Comahue (FADEL-UNCo), Argentina bagi memeterai jalinan kerjasama strategik dalam pengurusan perpustakaan dan pertukaran maklumat. Kerjasama ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik melalui pelbagai inisiatif seperti pertukaran maklumat dan sumber, latihan dalam talian, perkongsian maklumat digital serta pembangunan profesional melibatkan staf kedua-dua pihak.
Dokumen LOI ini telah ditandatangani oleh Haji Abu Hassan bin Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ-UMT, dan Mr. Silverio Ortiz, Ketua Perpustakaan FADEL-UNCo bertempat di Salinas, Ecuador.
LOI ini menjadi landasan penting dalam membina hubungan dua hala yang bersifat tulen, saling menguntungkan, dan berorientasikan penyelidikan berkuat kuasa selama dua (2) tahun. Melalui kerjasama ini, PSNZ-UMT yakin dapat memperluas rangkaian antarabangsa serta meningkatkan kapasiti perpustakaan dalam mendepani perkembangan dunia maklumat global.
Kerjasama LOI ini turut memperkukuhkan peranan PSNZ di peringkat antarabangsa dan ASEAN. Ini ada kerana PSNZ telah mempunyai kerjasama di antara Universitas Muhammadiyyah, Forum Perpustakaan Perguruan Tinggi Muhammadiyah Aisyiyah (Indonesia), Perpustakaan Al – Wathiqu Billah UniSZA dan terkini Universidad Nacional del Comahue, Argentina.
@officialumt