Universiti Malaysia Terengganu

Blue Transformation Strategy Roadmap

PROGRAM@PSNZ : 2 SEPTEMBER 2025 – BLUE TRANSFORMATION STRATEGY ROADMAP.
 
Pada 2 September 2025, telah berlangsung satu sesi perbincangan mengenai Blue Transformation Strategy Roadmap sebagai salah satu usaha dalam memperkukuh strategi pembangunan mampan bagi sektor perikanan dan akuakultur. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada hala tuju transformasi biru yang menyokong pemeliharaan sumber marin, peningkatan pengurusan perikanan, serta pembangunan ekonomi berasaskan laut secara lestari.
 
Perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Pustakawan PSNZ, Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ, Ms . Alice Endra dan Ms. Tamsin (FAO).
 
Dalam sesi ini, setiap ahli telah berkongsi pandangan, cadangan serta input strategik bagi memperkemas pelaksanaan roadmap yang mampu memberi impak positif terhadap komuniti pesisir, kelestarian sumber lautan, dan kesejahteraan ekonomi serantau serta global.