Universiti Malaysia Terengganu

5 – 7 OGOS 2025 – Sorotan Hari Pertama Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan SKPP 2025

PROGRAM@PSNZ: 5 – 7 OGOS 2025 – SOROTAN HARI PERTAMA SEMINAR KEBANGSAAN PEMBANTU PUSTAKAWAN 2025.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah binti Salim Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PSNZ merangkap Pengarah Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2025 atas ucapan aluan serta Tuan Haji Abu Hassan bin Ghazali, Ketua Pustakawan, PSNZ yang telah merasmikan Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2025.
 
Program diteruskan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Puan Anisatul Wahidah binti Abdul Wahid, Timbalan Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
 
Pembentang bagi sesi pertama Encik Shamsuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM yang bertajuk Perpustakaan Pintar: Memperkasa Perkhidmatan Pengguna Perpustakaan. Manakala pembentang yang kedua pula ialah Profesor Madya Dr. Shamila binti Mohd Shuhidan, Pensyarah Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM. yang akan membentangkan topik beliau yang bertajuk “Inovasi Pusat Sumber Untuk menyokong pembelajaran Alaf baru”.
 
Terima kasih diucapkan kepada penyampai ucaptama, pembentang sesi pertama dan pembentang sesi kedua. Program telah ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
Â