PROGRAM@PSNZ: 30 JULAI 2025 – LAWATAN SM UGAMA SYUKURIAH, KELANTAN KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
Â
PSNZ telah menerima kehadiran pelawat seramai 35 pelajar dan 5 guru pengiring. Lawatan telah bermula sekitar jam 12.00 tengah hari. Satu taklimat telah diadakan di Ruang Pameran PSNZ Pelawat telah dibawa melawat ke Aras 1 bagi melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
Â
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil bahagian, Encik Amir Abdul Khalik, Pustakawan Kanan (BPTP) atas bantuan dalam taklimat penggunaan Maker Room bagi sesi lawatan ini.
Â
In shaa Allah kita bersua lagi.
Â