PROGRAM@PSNZ: 24 JULAI 2025 – KUNJUNGAN DAN PERBINCANGAN KOLEJ TESDEC KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
PSNZ telah menerima kunjungan daripada Kolej TESDEC, Marang yang diketuai Ketua Eksekutif, Kolej TESDEC Tuan Haji Zuraimy bin Seman. Seramai 3 orang staf yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan penerangan berkaitan pengurusan dan operasi PSNZ seterusnya perbincangan kerjasama penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi manfaat bersama. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PSNZ pada jam 10.00 pagi.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Fatimah Salim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PSNZ. Terima kasih diucapkan kepada semua Ketua Bahagian serta Pustakawan yang turut hadir bersama. Seterusnya pelawat dibawa untuk melihat kemudahan perpustakaan di aras 1 dan 2.
Semoga mendapat manfaat daripada pertemuan ini. In Shaa Allah.