Universiti Malaysia Terengganu

Lestari Staf Bersama Buku

PROGRAM@PSNZ: 22 JULAI 2025 – LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
 
Program ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, PSNZ. Ulasan buku pada hari ini telah dikongsikan oleh Encik Asubri bin Mohamad@Awang, Pembantu Pustakawan Kanan, PSNZ dengan tajuk “20 Sen Untuk Ke Syurga”.
 
Dalam sesi Lestari ini, turut disampaikan sumbangan kebajikan kepada staf PSNZ dimana ahli keluarganya telah dimasukkan ke wad dan sumbangan kecemerlangan akademik kepada ahli keluarga yang mendapat keputusan peperiksaan baru-baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengurusan Kelab PSNZ atas sumbangan yang telah diberikan kepada staf terlibat.
 
Semoga mendapat manfaat dari pada apa yang telah disampaikan.
Â