Universiti Malaysia Terengganu

Program Minggu Bersama Perpustakaan (MBP) Pelajar Baharu ASASI STEM Sesi Akademik 2025/2026

17 JULAI 2025 – PROGRAM MINGGU BERSAMA PERPUSTAKAAN (MBP) PELAJAR BAHARU ASASI STEM SESI AKADEMIK 2025/2026.
 
Program MBP Asasi STEM pada kali ini melibatkan seramai 425 pelajar. 2 sesi taklimat telah diadakan di Auditorium Sulaiman, PSNZ pada jam 8.00 pagi dan pada jam 9.00 pagi.
 
Terima kasih diucapkan kepada Cik Sharifah Akmal Syed Abd Rahman, Pustakawan Kanan PSNZ dan Puan Hazlina Ismail, Ketua Pembantu Pustakawan PSNZ di atas taklimat yang telah disampaikan. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi panduan kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSNZ.
 
In Shaa Allah.
Â