PROGRAM@PSNZ: 9 JULAI 2025 – LAWATAN PENANDAARASAN PUSAT SUMBER INFORMASI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (IRC UNITEN) KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT.
Â
Pada hari ini, PSNZ telah menerima kunjungan daripada 4 orang pustakawan dari Pusat Sumber Informasi Universiti Tenaga Nasional. Kunjungan ke PSNZ adalah bertujuan untuk mendapatkan input perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan di PSNZ di samping menjalinkan jaringan kerja di antara PSNZ dan IRC UNITEN.
Â
Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ dan delegasi kemudian dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Â
Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Zulkarnain Md. Nor, Pengarah Pusat Sumber Informasi, Universiti Tenaga Nasional dan pustakawan yang hadir kerana memilih PSNZ sebagai salah satu destinasi kunjungan.
Â
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ketua dan wakil bahagian yang telah hadir dan berkongsi maklumat sepanjang program ini berlangsung.
Â
Semoga segala perkongsian akan dapat dimanfaatkan bersama. In Shaa Allah.
Â