Universiti Malaysia Terengganu

Mesyuarat Bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (Ftkk) & Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL)

30 – 31 DISEMBER 2024 – MESYUARAT BERSAMA FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN (FTKK) DAN PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN (PPAL)
 
Pada 30 dan 31 Disember 2024, pustakawan penghubung Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) telah dijemput menghadiri mesyuarat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) bertempat di Dewan Seminar 1, UMTCC pada 30 Disember 2024 dan Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) pada 31 Disember 2024 di Dewan Senat UMT.
 
Pihak PSNZ mengambil peluang ini untuk menganjurkan sesi Program Library Outreach bagi memperkukuhkan hubungan antara perpustakaan dan fakulti. Seramai lima (5) orang pustakawan penghubung telah hadir bagi menjayakan program ini yang terdiri dari Pustakawan Penghubung FTKK iaitu Pn. Norsollehah Ahmad dan Cik Sharifah Akmal Syed Abd Rahman, Pustakawan Seksyen Sokongan Penyelidikan, Pn. Wardah Nazihah Othman dan Cik Noor Afzan Jaafar serta Pustakawan Penghubung PPAL yang juga Pustakawan Seksyen Perolehan Bahan, Pn. Nur Farizah Abdullah. Para pustakawan yang hadir telah membentangkan Laporan Pustakawan Penghubung, Proses Pengesahan Penerbitan dalam Sistem Eprofile V2 dan status terkini perolehan rujukan kursus.