31 DISEMBER 2024 – PROGRAM LESTARI STAF BERSAMA BUKU
Program ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ. Ulasan buku pada hari ini telah dikongsikan oleh Puan Wardah Nazihah Othman, Pustakawan Kanan PSNZ dengan tajuk “Maksiat Akhir Zaman”.
Dalam program ini juga telah disampaikan Anugerah Staf Terbaik Bulanan bagi Sukuan Ketiga dan Keempat tahun 2024. Tahniah kepada penerima iaitu Puan Dini Sharleena binti Subhi Shah (Pembantu Pustakawan), Puan Wan Najihah binti Wan Muhammad (Pustakawan), Puan Wardah Nazihah binti Othman (Pustakawan Kanan) dan Encik Noor Mahadi bin Abdul Ghani (Penolong Pegawai Tadbir Kanan).
Turut disampaikan sumbangan daripada Kelab PSNZ kepada ahli kelab yang mana ibubapa mengalami masalah kesihatan dan telah dimasukkan ke wad.