Universiti Malaysia Terengganu

Program Pemindahan Ilmu “Makerspace: Basic of 3D Design” Anjuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

3 DISEMBER 2024 – PROGRAM PEMINDAHAN ILMU “MAKERSPACE : BASIC OF 3D DESIGN” ANJURAN PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemindahan Ilmu “Makerspace : Basic Of 3D Design. Melibatkan seramai 16 peserta yang terdiri daripada 4 guru dan 12 pelajar. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua JK Bengkel MakerSpace Siri 3 di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program.
 
Tahniah dan syabas kepada pelajar Latihan Industri, Cik Nur Aishah Mamat dan Cik Nurul Syaidatul Syakirah Osman daripada UiTM Negeri Sembilan, Rembau. Semoga segala pengalaman, ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengendalian program ini dapat dipraktikan pada masa akan datang.
 
Setinggi penghargaan buat Pengurusan PSNZ terutama Encik Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ di atas ucapan aluan yang telah disampaikan. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, SMK Batu Rakit, SMK Kompleks Gong Badak, SM Sains Sultan Mahmud dan SMK Sultan Ahmad atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan.
 
Semoga ilmu yang telah disampaikan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar. In shaa Allah.