Universiti Malaysia Terengganu

Taklimat Open ASFA – Aquatic Sciences and Fisheries Abstracts 2024

18 NOVEMBER 2024 – TAKLIMAT OPEN ASFA : AQUATIC SCIENCES AND FISHERIES ABSTRACTS 2024
 
Sesi Taklimat Open ASFA tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ni. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Abu Hassan Ghazali atas ucapan aluan yang telah disampaikan.
 
Sesi taklimat ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu taklimat asas dan latihan penginputan data ke sistem Open ASFA. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.
 
Sesi ini telah disertai oleh pustakawan kanan dan pembantu pustakawan daripada Perpustakaan UM dan Perpustakaan UMS yang turut menjadi rakan kolaborasi PSNZ di dalam ASFA.
 
Semoga kita bersua lagi di dalam siri latihan seterusnya.