Universiti Malaysia Terengganu

PSNZ OPEN DAY 2026

PSNZ OPEN DAY 2026

PROGRAM@PSNZ: HEBAHAN PROGRAM PSNZ OPEN DAY 2026.
 
📚 JOM MERIAHKAN PSNZ OPEN DAY 2026!
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan sukacitanya menjemput seluruh warga kampus dan komuniti setempat untuk bersama-sama memeriahkan Hari Bersama Perpustakaan 2026 (PSNZ Open Day 2026) yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober 2026.
 
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat menanti anda sepanjang program ini, antaranya:
 
📖 Jualan Buku Ilmiah
🎉 Diskaun 50% Denda Lewat Pulang Buku
🛍️ Karnival Jualan
🎯 Fun@PSNZ
🏢 Pameran Agensi Awam
📚 Program Resensi Buku
✍️ Konsultasi Penerbit
🩸 Program Derma Darah
📝 Guide to Getting Published (GGP)
🎮 Pertandingan E-Sport
🎁 Cabutan Pengunjung Bertuah
 
PSNZ Open Day 2026 bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara perpustakaan dengan warga kampus, agensi luar dan komuniti setempat, di samping mempromosikan koleksi, perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh PSNZ.
 
Program ini juga diharapkan dapat menggalakkan kunjungan ke perpustakaan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga universiti serta masyarakat setempat.
 
✨ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan!
 
Semua pelajar dan staf UMT serta komuniti setempat dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan PSNZ Open Day 2026.
 
Jumpa anda di PSNZ!
 
Sekian, terima kasih.