Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Sambil Belajar SMK Kadok, Kelantan Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT

10 OKTOBER 2024 – LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK KADOK, KELANTAN KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT
 
Pada hari ini, PSNZ telah menerima kunjungan delegasi dari SMK Kadok, Kelantan seramai 78 pelajar dan 10 guru pengiring. Objektif lawatan ini adalah agar para pelajar dapat menimba pengalaman baharu di samping mengenali UMT dengan lebih dekat. Terima kasih menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
 
Selesai taklimat lawatan, delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke Aras 1 dan Aras 2 untuk melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ.
 
Semoga segala perkongsian akan dapat dimanfaatkan bersama. In Shaa Allah.
 
Skip to content