Universiti Malaysia Terengganu

Memugar Ikhtiar Ke Arah Kebitaraan Mahasiswa

 

 

 

Description of the book :

Pada 2024, HEPA berhasrat meneruskan semangat sembilan prakarsa yang dizahirkan pada tahun lalu bagi pembentukan otak dan watak mahasiswa. Dalam menentukan hala tuju dan arah perjalanan HEPA tahun ini, saya telah memperkenalkan tujuh ikhtiar sebagai kesinambungan kepada sembilan prakarsa sedia ada.

Tujuh ikhtiar yang dizahirkan di bawah tema “Memugar Ikhtiar ke Arah Kebitaraan Mahasiswa” ini menjadi azimat dan pembakar semangat warga HEPA dan mahasiswa terhormat untuk terus berbakti. Tujuh ikhtiar ini adalah menggelorakan bakat demi kebitaraan mahasiswa, mentransformasi keusahawanan dan kebolehpasaran graduan, merakyatkan ilmu untuk komuniti MADANI, mengarusperdanakan pendekatan berfikiran global dan bertindak lokal, mengungguli keterlihatan, pendigitalan dan kelestarian, mendekatkan yang jauh dan mengakrabkan yang dekat, dan membudayakan inovasi dan jaringan strategik.

Tujuh ikhtiar ini akan dipacu melalui tiga pendekatan utama. Pertama, ikhtiar ini digembleng merentasi pusat-pusat di HEPA dan akan mendorong semua pusat bekerjasama dan bergerak dalam satu pasukan. Kedua, ikhtiar ini juga memilih pelaksanaan dengan mekanisme yang ampuh dan profesionalisme dan ketiga, akan memberi tumpuan kepada penghasilan impak bukan sekadar output.

Skip to content