Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Sempena Program Lawatan Profesor Pelawat Dari Samarkand State University, Uzbekistan Ke Fakulti Sains Komputer Dan Matematik, Universiti Malaysia Terengganu

18 OGOS 2024 – LAWATAN KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH SEMPENA PROGRAM LAWATAN PROFESOR PELAWAT DARI SAMARKAND STATE UNIVERSITY, UZBEKISTAN KE FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah menerima kunjungan Profesor Pelawat iaitu Profesor Dr. Mukhiddin Muminov bersama delegasi dari Samarkand State University (SamSu), Uzbekistan sempena Program Lawatan Pensyarah Pelawat ke Fakulti Sains Komputer dan Matematik – FSKM UMT. Delegasi ini turut diiring oleh Profesor Dr. Zabidin bin Salleh, Pensyarah Program Bidang Sains dan Matematik.
 
Pelawat telah dibawa melihat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UMT.
 
Terima kasih kerana memilih Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah sebagai salah satu destinasi lawatan. Semoga kita berjumpa lagi.
Â