Universiti Malaysia Terengganu

Program Sembang Ilmu Siri 2 Dengan Kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

15 OGOS 2024 – PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 2 DENGAN KERJASAMA AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan merangkap Penasihat Program Sembang Ilmu “Pengurusan Harta Pusaka Dan Harta Orang Islam” atas ucapan aluan yang telah disampaikan.
 
Ucapan terima kasih juga kepada Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, panel jemputan serta Encik Amir Abdul Khalik, Pustakawan Kanan PSNZ selaku moderator pada kali ini.
 
Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan PSNZ, Encik Che Ku Baharuddin Che Ku Ismail daripada Pusat Komunikasi Korporat, UMT – Universiti Malaysia Terengganu atas tunjuk ajar yang telah diberikan dan warga UMT atas sokongan serta kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.
 
Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua yang hadir dan menonton melalui saluran Facebook rasmi PSNZ.
 
In shaa Allah kita akan bersua lagi di Program Sembang Ilmu Siri 3.
Â