Universiti Malaysia Terengganu

ADSTA@PSNZ Memenangi Hadiah Utama Pertandingan Poster PTPM 2024

8 OGOS 2024 – ADSTA@PSNZ MEMENANGI HADIAH UTAMA PERTANDINGAN POSTER PTPM 2024
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah menghantar penyertaan bagi Pertandingan Poster sempena Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2024 yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Ogos 2024 di Dewan Konvensyen, Al-Bukhari International University (AIU).
 
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada team ADSTA@PSNZ atas kemenangan Tempat Pertama bagi kategori Profesional dan Hadiah Utama (Keseluruhan). Ahli kumpulan ADSTA@PSNZ terdiri daripada :
 
1. En. Mohd Shahrulnizam Zuraimi (Timbalan Ketua Pustakawan) – Ketua Kumpulan
2. En. Syed Mohamad Helmy Md Akhir (Pustakawan Kanan)
3. Pn. Norsollehah Ahmad (Pustakawan Kanan)
4. Pn. Wan Najihah Wan Muhammad (Pustakawan)
5. En. Muhammad Uzaini Abdullah Hazam (Pembantu Pustakawan Kanan)
6. En. Hasdan Irwan Muda (Pembantu Pustakawan Kanan)
 
ADSTA@PSNZ merupakan sebuah inovasi yang telah dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Power BI. Aplikasi Microsoft PowerBI membantu dalam proses analisa data yang diperolehi dan dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami. Dengan inovasi ini, pengurusan aduan pelanggan di PSNZ dapat dikendalikan dengan lebih cekap, teratur, dan berkesan. Inovasi ini bukan sahaja memudahkan pengurusan maklumat, tetapi juga membantu untuk memastikan maklum balas pelanggan dapat dianalisa dengan tepat dan pantas.
 
Sebanyak 18 poster telah bertanding Dalam Kategori Professional dan dan juga Kategori IPT/Sekolah.
 
Tahniah diucapkan kepada semua.